MIDF: Malaysia Akan Capai Sasaran Defisit 3.1 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIDF Research yakin Malaysia akan mencapai sasaran defisit 3.1 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun kewangan 2016.

Menurut nota syarikat penyelidikan itu, sasaran tersebut mampu dicapai dengan semua langkah dilaksanakan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya serta keutamaan projek pembangunan.

"Bagaimanapun, wujud risiko ke bawah berikutan perdagangan dan ekonomi global kekal perlahan, yang ketika ini merupakan cabaran kepada ekonomi Malaysia," menurutnya.

Defisit fiskal kerajaan mencecah RM32.8 bilion pada separuh pertama 2016, berbanding sasaran RM38 bilion bagi keseluruhan 2016.

MIDF Research yakin kerajaan terus komited dengan sasaran pengukuhan fiskal itu, selagi ekonomi tidak mengalami penurunan suku ke suku.

"Tahun ini setakat Julai, defisit kekal pada RM32.9 bilion, hampir kepada Jun iaitu RM32.8 bilion," menurut MIDF Research. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MIDF , Defisit

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan