suria

George Kent Sasar Kontrak Pengangkutan Kereta Api Serantau

Tan Kay Hock

PUCHONG: George Kent (M) Bhd, syarikat pemeteran air dan kejuruteraan membida kontrak pengangkutan kereta api di Asia Tenggara, dalam usaha mengembangkan perniagaan kereta apinya di rantau ini.

Pengerusinya, Tan Sri Tan Tay Hock berkata, syarikat itu yakin memperoleh kontrak tersebut memandangkan pencapaian baiknya sebelum ini.

"Kami juga pembida yang sangat kompetitif," katanya selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu di sini, Khamis.

Tan berkata syarikat antarabangsa yang menender projek serantau adalah sama dengan syarikat yang ia bersaing untuk menender projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT).

"Dengan meraih pengalaman (mendapat kontrak) dalam negara, kami merasakan kami mahu mengembangkannya ke luar negara.

"Selain mengintai kontrak, syarikat juga sedang berbincang dengan beberapa entiti di rantau ini bagi kemungkinan menjalin kerjasama," katanya.

Mengenai pelan pengembangan syarikat ke Eropah dalam perniagaan kereta api, Tan berkata perbincangan masih di peringkat awal.

Syarikat itu merupakan kontraktor kerja sistem bagi projek lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang di Malaysia. Skop kerja di bawah kontrak tersebut termasuklah kejuruteraan reka bentuk, pemerolehan dan pembinaan landasan.

Selepas memperoleh pakej kerja bernilai RM1.01 bilion menerusi entiti usaha sama daripada Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd, Tan berkata nilai perolehan kontrak George Kent ketika ini berjumlah hampir RM6 bilion, yang dijangka bertahan sehingga 2022.

Syarikat usaha sama itu merupakan perkongsian antara China Communications Construction Co Ltd, yang memegang 51 peratus pegangan dan George Kent sebanyak 49 peratus.

Artikel Berikut

Artikel Lain