suria

Untung Sebelum Cukai UEM Bagi Q2 Susut Kepada RM73.28 Juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai UEM Sunrise Bhd bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun, 2016, susut kepada RM73.28 juta berbanding RM105.32 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, UEM Sunrise berkata hasil bagaimanapun meningkat kepada RM537.81 juta berbanding RM372.32 juta yang direkodkan sebelumnya.

Hasil yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh jualan tanah pembangunan dan kemajuan kerja permbinaan yang lebih cepat menerusi projek pembangunan hartanah semasa di Residensi 22, Teega and Aurora Melbourne.

Artikel Lain