suria

Teraju Akan Lancar Sub-Dana Mudahcara RM100 Juta

KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan melancarkan sub-dana Mudahcara bernilai RM100 juta pada akhir suku ketiga 2016 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera untuk mengembangkan kapasiti perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Datuk Husni Salleh berkata sub-dana ini berfungsi sebagai pemudahcara dan akan melancarkan projek-projek yang dijalankan oleh syarikat bumiputera. 

Beliau berkata sub-dana tersebut diusahakan secara kerjasama dengan SME Bank. 

"Ia akan menjadi pinjaman sekunder yang didapatkan daripada bank yang lain dan tempoh kelonggaran bayaran balik akan dipanjangkan," kata Husni. -- Bernama 


Teraju, SME Bank

Artikel Lain