Untung Sebelum Cukai Boustead Holdings Melonjak Kepada RM322.5 Juta

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Boustead Holdings Bhd melonjak kepada RM322.5 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2016 berbanding RM83.3 juta dicatat dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan bagaimanapun merosot kepada RM2.07 bilion berbanding RM2.21 bilion sebelum ini.

Pada separuh kedua, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai lebih kukuh sebanyak RM358.8 juta berbanding RM152.8 juta sebelum ini walaupun pendapatan lebih rendah RM3.93 bilion berbanding RM4.1 bilion dicatat dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, bahagian hartanahnya adalah penyumbang terbesar dengan keuntungan lebih tinggi RM201 juta pada separuh pertama tahun ini berikutan keuntungan daripada jualan syarikat sekutu Jendela Hikmat Sdn Bhd berjumlah RM198 juta.

Bahagian perladangan mencatat keuntungan lebih kukuh iaitu RM145 juta pada separuh pertama, terutama disebabkan keuntungan ke atas jualan tanah bernilai RM118 juta, di samping harga produk sawit yang lebih baik.

Menurutnya, bahagian dagangan dan perusahaan mencatat kenaikan keuntungan RM51 juta pada separuh pertama disebabkan sumbangan lebih tinggi daripada UAC Bhd dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, di samping keuntungan direalisasi daripada jualan aset oleh Johan Ceramics Bhd.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, pertumbuhan mantap dalam kebanyakan bahagiannya menunjukkan daya tahan kumpulan.

"Sejajar dengan prestasi ini, kami telah mengumumkan dividen interim kedua empat sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 yang akan dibayar pada 30 September 2016 kepada pemegang saham yang didaftar setakat 14 September 2016.

"Disebabkan modal saham diperbersar kumpulan berikutan terbitan hak dan bonus awal tahun ini, jumlah dividen yang akan dibayar akan berjumlah RM81 juta," tambahnya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan