TKB Tawar Bayaran Muka RM5,000 Untuk Kondominium

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kumpulan pemaju hartanah, Team Keris Berhad (TKB) menawarkan bayaran muka serendah RM5,000 bagi pembelian unit kediaman Treetops dan Ipoh South Precint kepada pengunjung sempena ulang tahun ke-25 penubuhan syarikat itu.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya Choong Sook Fun, berkata peluang itu hanya ditawarkan semasa karnival ulang tahun syarikat tersebut yang dianjurkan di Kondominium Treetops, Jalan Gopeng pada 4 Sept depan.

"Kami juga memberi baucar ganjaran sehingga RM30 juta bagi setiap pembelian pelbagai jenis hartanah kepada pembeli yang bertuah pada karnival itu.

"Ini merupakan masa terbaik untuk mereka mengambil kesempatan melalui peluang ini dengan memiliki harta impian mereka serta menikmati penjimatan daripada pembelian," katanya kepada pemberita mengenai karnival berkenaan di sini, Rabu.

Sejak ditubuhkan pada 1991, TKB mempunyai 58 projek meliputi 10,500 pembeli pelbagai jenis hartanah merangkumi rumah kediaman, kondominium, kedai pejabat, pasar raya serta pembangunan infrastruktur.

"Karnival ini dianjurkan untuk menghargai kesemua pembeli hartanah kediaman serta komersial sepanjang 25 tahun ini dan diharap pengunjung tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki harta impian mereka,"

Di samping itu, beliau berkata pelbagai aktiviti dan permainan menarik akan diadakan khususnya bagi golongan kanak-kanak serta sebanyak 1,000 biji durian secara percuma akan dihidangkan kepada pengunjung.

Katanya, sebanyak 10,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival itu yang akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 4 petang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan