suria

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah RM391.9 Bilion

KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM391.9 bilion atau bersamaan US$97.5 bilion pada 15 Ogos, 2016 berbanding RM391.1 bilion (US$97.3 bilion) pada 29 Julai lepas.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk  membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut bank pusat itu, komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (US$89.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa atau IMF (US$0.8 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$4.6 bilion).

Jumlah asetnya adalah RM412.293 bilion.

Aset bank pusat itu termasuk emas, tukaran asing serta rizab lain antaranya SDR (RM391.904 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.115 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.531 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM6.984 bilion).

Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM110.416 bilion), mata wang dalam edaran (RM89.681 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM160.966 bilion), Kerajaan Persekutuan (RM15.738 bilion) dan lain-lain (RM1.099 bilion), kertas Bank Negara (RM13.63 bilion), peruntukan SDR (RM7.521 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM13.14 bilion).

Artikel Sebelum

Artikel Lain