Keuntungan Kumpulan Media Star Meningkat Pada Suku Kedua

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika pasaran pengiklanan berada pada tahap sederhana, Kumpulan Media Star menyaksikan peningkatan keuntungan pada suku kedua.

Keuntungan bersih yang diagihkan kepada pemegang saham meningkat kepada RM43.7 juta dari RM33.29 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2016.

Peningkatan keuntungan kepada pemegang saham meningkat sebanyak 32 peratus disebabkan oleh segmen penganjuran acara dan pameran yang diterajui oleh Cityneon Holdings Ltd serta keuntungan daripada pembatalan pendaftaran sebuah anak syarikat di Australia.

Syarikat itu mengisytiharkan bahawa dividen interim sebanyak 9 sen akan dibayar pada 18 Oktober depan.

Cityneon telah menyaksikan kenaikan harga saham lebih daripada empat kali ganda kepada S$1.04 sejak setahun yang lalu.

Memiliki Victory Hill Exhibitions (VHE), syarikat itu mempunyai hak untuk menganjurkan pameran karektor siri Marvel dan watak-watak berkaitan Transformers melalui pameran interaktif.

Sehingga kini, keuntungan Kumpulan Star Media sebelum cukai meningkat sedikit walaupun berlaku penurunan 3.8 peratus dalam perolehan kepada RM465.27 juta pada akhir Jun tahun ini.

Walau bagaimanapun berbanding dengan suku sebelumnya, pendapatan kumpulan itu bagi suku kedua meningkat sebanyak 34 peratus kepada RM266.54 juta dan keuntungan sebelum cukai juga lebih tinggi pada RM58.46 juta berbanding RM22.38 juta pada suku pertama tahun ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan