AirAsia, AirAsia X Tawar Tambang Promosi Serendah 59 Sen Sehala

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia dan AirAsia X kini menawarkan tambang promosi istimewa daripada serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasinya, menerusi tempahan dalam talian mulai Isnin hingga 28 Ogos 2016.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, AirAsia berkata promosi itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

"Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.

"Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Syarikat penerbangan itu berkata tambang promosi ini tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, dengan penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos, 2016 hingga 9 Mac, 2017. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: AirAsia , AirAsia x , promosi tambang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan