Untung Sebelum Cukai Suku Kedua Petronas Dagangan Susut

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Petronas Dagangan Bhd pada suku kedua berakhir 30 Jun 2016 jatuh kepada RM249.01 juta berbanding RM376.10 juta dicatat dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, pendapatan susut kepada RM5.33 bilion berbanding RM6.47 bilion sebelum ini berikutan penurunan 20 peratus dalam harga jualan purata walaupun kenaikan tiga peratus dalam jualan.

"Kemerosotan dalam harga jualan purata disebabkan kejatuhan harga penilaian harga produk minyak Singapura," katanya.

Pendapatan asas sesaham jatuh kepada 21.60 sen berbanding 27.50 sen.

Petronas Dagangan berpendapat yang prospek persekitaran ekonomi dan perniagaan untuk tahun kewangan 2016 akan kekal mencabar.

"Kumpulan akan terus memberi tumpuan ke atas kecekapan pengurusan inventori, bekalan dan pengedaran, di samping mengoptimumkan perbelanjaan operasi bagi memastikan syarikat itu kekal berdaya tahan ketika menghadapi persekitaran mencabar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Petronas

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan