suria

Unit IGB Jual Renaissance Kuala Lumpur Hotel RM765 Juta

KUALA LUMPUR: Great Union Properties Sdn Bhd, unit milik penuh IGB Corp Bhd memeterai perjanjian jual dan beli bersyarat dengan  Ventura International Sdn Bhd untuk menjual Renaissance Kuala Lumpur Hotel dengan harga RM765 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, IGB berkata, pelaburan itu mencerminkan peluang menarik untuk syarikat tersebut memanfaatkan aset perniagaan pada harga yang menarik.

"IGB berhasrat menggunakan hasil tersebut bagi modal kerja dan menyokong pertumbuhan berterusannya bagi pembelian dan pelaburan yang sesuai apabila peluang-peluang seperti itu muncul," kata syarikat itu.

Hotel tersebut memulakan operasi pada pertengahan 1996 dengan pelaburan asal sebanyak RM506.6 juta dan berdasarkan kepada penyata kewangan diaudit terkini pada 31 Dis, 2015, nilai bersih aset tersebut ialah sebanyak RM667.2 juta. 

Artikel Lain