Naza Italia Maserati Levante

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naza Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Maserati di Malaysia, hari ini memperkenalkan 'Levante', kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah.

Naib Presiden Naza Italia, Farid Sulaiman berkata harga atas jalan bagi SUV mewah serba baharu itu kira-kira RM800,000.

"Sasaran pasaran 'Levante' adalah pemilik Maserati sedia ada, dan kini dibuka untuk tempahan sebelum pelancarannya yang dijangka pada Disember tahun ini," katanya kepada pemberita semasa previu 'Levante' untuk media di sini, Jumaat.

Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan 'Levante', yang bermaksud 'angin Mediterranean', mendahului negara-negara lain.

"Berasaskan seni bina 'Quattroporte' dan 'Ghibli', yang kemudiannya diperhalusi lagi untuk lebih versatil, 'Levante' akan mencetuskan sambutan hangat dalam segmen pasaran ini dan memenuhi jangkaan," katanya.

Gaya Itali berbeza 'Levante' diserlahkan oleh ciri reka bentuk unik Maserati merangkumi gril radiator, lampu utama yang tirus dan jalur lebih menonjol -- khusus bagi kenderaan berprestasi tinggi.

Naza Italia, syarikat di bawah Naza Group, diberikan hak rasmi oleh Maserati S.p.A untuk mengimport dan mengedar jenama automobil itu pada Januari 2009.

Tags / Kata Kunci: Naza Italia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan