Penjenamaan Semula Etika

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 2:00 PM

Erwin Selvarajah menunjukkan pelbagai jenis minuman sedia diminum keluaran Etika.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Syarikat Etika yang dijenamakan semula dijangka mencapai pertumbuhan antara 30 peratus hingga 40 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang - didorong oleh keperluan pengguna yang kukuh dan permintaan bagi semua 12 kategori minuman.

Pada 2015, kumpulan itu mencatatkan jumlah jualan di Malaysia berjumlah RM1.5 bilion.

Penjenamaan semula ini berlaku selepas kedua-dua pihak iaitu Permanis Sandilands Sdn Bhd dan Etika International Holdings melengkapkan penyatuan mereka yang dianggarkan bernilai RM2 bilion.

Permanis Sandilands dan Etika International Holdings masing-masing telah diperolehi oleh Asahi Jepun pada 2011 dan 2014.

"Secara realistiknya, kita membayangkan pertumbuhan dua angka dalam tempoh tiga hingga lima tahun dari sekarang.

"Walau bagaimanapun tahun ke tahun, terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi.

"Dalam konteks Malaysia dan tidak termasuk perniagaan luar negara kita, saya fikir ia agak munasabah untuk kita mengembangkan perniagaan sebanyak 30 peratus kepada 40 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Erwin Selvarajah.

Etika bermaksud etika atau amanah dan syarikat itu berjanji untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang dengan produk dan jenama yang dipercayai dan berintegriti pada setiap masa.

Penyatuan ini juga membolehkan Etika menyedari dan memanfaatkan sinergi yang lebih besar antara kumpulan syarikat.

Perolehan runcit pasaran 'minuman sedia diminum' di Malaysia kini berada antara 20 peratus hingga 25 peratus.

Erwin berkata Etika berada dalam kedudukan yang unik kerana ia mampu untuk berkembang di semua 12 kategori minuman tanpa kategori baharu.

"Setakat pertumbuhan untuk tahun ini dan tahun depan, kami agak bernasib baik terutamanya dengan beberapa produk baharu yang dilancarkan seperti Wonda, Calpis, dan Good Day mencatatkan rekod yang amat baik bagi kumpulan ini.

"Minuman Asas kami seperti Pepsi dan Tropicana juga terus berkembang," kata Erwin.

Etika menganggarkan untuk menjamin pertumbuhan satu angka lebih tinggi bagi tahun ini.

Walaupun dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Etika dapat mengekalkan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga sebelum GST - mempamerkan tahap kecekapan kumpulan untuk mengekalkan harga pada paras semasa.

Rakan kongsi Etika Asahi dan PepsiCo membawa teknologi, pengetahuan dengan lebih cekap.

"Kecekapan amat penting pada hari ini, bukan sahaja mengeluarkan produk yang mempunyai rasa yang baik, tetapi juga menawarkan harga yang berpatutan.

"Saya rasa GST tidak bermakna harga yang tinggi.

"Sebenarnya ada cara untuk memastikan produk pada harga berpatutan," kata Erwin.

Etika akan terus melabur dalam perniagaan tenusunya di Indonesia dan Vietnam, di mana terdapat asas penduduk yang besar dengan ramai pengguna tenusu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan