Shell Lubricants Perkenal Produk Baharu Tingkatkan Kepimpinan Pasaran

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell Lubricants, anak syarikat Shell Malaysia, menyasarkan untuk meningkatkan kepimpinan pasarannya dengan pelancaran Shell Tellus S2 MX dan minyak hidraulik VX generasi akan datang.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata minyak pelincir baharu itu dapat membantu perniagaan mengurangkan jumlah kos pemilikan dengan memaksimumkan kecekapan peralatan, memanjangkan hayat peralatan dan mengurangkan tempoh tidak beroperasi.

"Shell Tellus S2 MX dan minyak hidraulik VX generasi akan datang mencerminkan kepimpinan teknologi Shell dan hasratnya untuk menawarkan produk minyak pelincir yang terkini, selain perkhidmatan teknikal yang memberi manfaat kepada perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran ekonomi semakin mencabar," kata Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng.

Beliau berkata selama lebih 70 tahun, Shell telah menawarkan lebih daripada hanya produk pelincir yang berkualiti untuk melindungi peralatan yang digunakan dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian, perladangan, penerbangan, pembinaan, pembuatan, marin, logam, perlombongan, kuari dan penjanaan kuasa.

"Shell Lubricants turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk generasi akan datang untuk aplikasi pelbagai industri dalam masa terdekat," katanya.

Shell Tellus S2 (varian MX) yang baharu itu merupakan antara minyak hidraulik pertama dalam pasaran yang memenuhi piawaian kelulusan baharu syarikat kejuruteraan berpangkalan di Jerman, Bosch Rexroth.

Ia menunjukkan perlindungan yang amat baik walaupun di bawah keadaan operasi yang 13 kali lebih berat daripada standard ujian industri. -- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan