Wahid Omar Dilantik Pengerusi PNB Mulai 1 Ogos 2016

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016.

Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, selepas menerajui transformasi Telekom Malaysia.

Beliau juga telah mengetuai proses pemulihan UEM Group. 

Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, Teraju dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera. 

Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di negara ini. 

"Di bawah kempimpinan beliau, PNB telah mencapai pelbagai kejayaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya, dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara

"Saya berharap agar Tun Ahmad Sarji akan terus berkongsi pengalaman dan menyumbang kepada pembangunan negara," kata Najib. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Wahid Omar , PNB , Ahmad Sarji Abdul Hamid

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan