Maxis Unjur 57 Juta Objek Dihubungkan Menerusi IoT Di Malaysia Menjelang 2020

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyedia komunikasi dan perkhidmatan internet, Maxis Bhd, mengunjurkan menjelang 2020, kira-kira 57 juta objek daripada mesin kopi hinggalah kepada kenderaan dan televisyen litar tertutup (CCTV) akan dihubungkan kepada 32 juta penduduk Malaysia melalui Internet of Things (IoT).

IoT ialah perkhidmatan teknologi yang membolehkan objek dikesan dan dikawal dari jarak jauh di seluruh rangkaian data sedia ada, mewujudkan peluang bagi integrasi langsung dunia fizikal ke dalam sistem berasaskan komputer, yang akan meningkatkan kecekapan, ketepatan dan menyediakan manfaat ekonomi.

"Ketika ini, hanya lebih daripada sejuta 'benda', seperti mesin layan diri, kenderaan dan mesin juruwang automatik (ATM) dihubungkan kepada rakyat di negara ini.

"Setakat ini, kadar penggunaan IoT di Asia Pasifik adalah yang tertinggi di dunia pada 35 peratus, disumbang terutamanya oleh China, Jepun dan Korea Selatan," kata Ketua Enterpris Perniagaan Baharu Maxis Bhd, Claire Featherstone.

Featherstone berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan perkongsian antara Maxis dan penyedia komunikasi berpangkalan di United Kingdom, Vodafone Group, bagi perkhidmatan IoT, di sini, Khamis.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Enterpris dan Produk Maxis Shanti Jusnita Johari berkata susulan perkongsian itu, syarikat telekomunikasi tersebut kini boleh menawarkan kepada perusahaan penyelesaian IoT terbaik bagi mengoptimumkan kos, menambah baik kecekapan operasi, mewujudkan lebih banyak nilai dan seterusnya menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

"Kami akan dapat menyediakan teknologi yang diperlukan oleh perniagaan di Malaysia yang ingin melaksanakan perkhidmatan IoT dalam operasi mereka," katanya.

Ketua Jualan IoT Vodafone Asia Pasifik, Justin Nelson percaya IoT mengubah perniagaan di seluruh dunia.

"Maxis ialah pengendali terkini yang menggabungkan keupayaannya dengan kepakaran IoT kami untuk membentuk kombinasi yang menarik bagi syarikat Malaysia," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: IoT , Maxis

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan