Malaysia Airlines, Boeing Meterai Janji Niaga AS$5.5 Bilion Beli 50 Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 7:27 PM

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) menyaksikan perjanjian pembelian pesawat Boeing 737 MAX di antara Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew (kiri) dengan Boeing yang diwakili Naib Presiden Kanan Jualan Boeing Dr Dinesh Keskar (dua, kanan) ketika majlis Pemeteraian Pembelian Pesawat Boeing 373 MAX, Rabu. Turut hadir Pengerusi Malaysia Airlines Tan Sri Md Nor Md Yusof (kanan).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Bhd dan Boeing memeterai janji niaga bagi membeli 50 pesawat 737 MAX dengan 25 tempahan pasti dan 25 hak pembelian bernilai AS$5.5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew berkata serahan akan bermula pada 2019.

"Janji niaga itu adalah pembawa perubahan bagi Malaysia Airlines dengan kos lebih murah dan kecekapan yang lebih tinggi, yang akan disalurkan kepada pelanggan setianya menerusi tambang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan.

Bellew berkata dengan keupayaan jarak jauh 737 MAX, Malaysia Airlines akan dapat menghubungkan penumpangnya ke lebih banyak destinasi dengan pesawat yang lebih selesa. 

Syarikat penerbangan nasional itu beroperasi dengan hampir setiap kumpulan pesawat 737 dan menerima serahan pesawat 737 keseratusnya pada Disember 2014. 

Ketika ini ia beroperasi dengan 56 pesawat 737-800. -- Bernama


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan