suria

Anak Syarikat Barakah Offshore Petroleum Dapat Skop Kerja Cecah RM38.2 Juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Barakah Offshore Petroleum Bhd, PBJV Group Sdn Bhd telah dianugerahkan skop kerja bernilai RM38.2 juta di Medan SKO, Sarawak.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata, skop kerja 2016 itu melibatkan pengangkutan dan pemasangan 10 alat pelindung penaik pada tujuh pelantar di Medan SKO, untuk empat bulan.

"Kerja-kerja ini dijangka menyumbang secara positif terhadap perolehan dan aset bersih sesaham Kumpulan Barakah sepanjang tempoh skop kerja," katanya.

Katanya, faktor-faktor risiko yang melibatkan skop kerja termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko perlaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan serta perubahan harga bahan-bahan.

"Keupayaan dan rekod Kumpulan Barakah sudah terbukti sebelum ini dan ia mempunyai kepakaran untuk melaksanakan projek tersebut.

"Oleh itu, pihak pengurusan Kumpulan Barakah percaya bahawa ianya akan dapat mengurangkan faktor risiko seperti yang dinyatakan di atas," katanya.-- Bernama

Artikel Lain