suria

Usaha Sama WCT-KKB Peroleh Kontrak Pan Borneo Fasa 1

KUALA LUMPUR: Usaha sama WCT Bhd dan KKB Engineering Bhd, memperoleh kontrak projek Lebuhraya Pan Borneo fasa satu daripada Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd bernilai RM1.29 bilion.

WCT merupakan anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd.

Menurut WCT Holdings dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, mengikut kontrak itu, syarikat usaha sama berkenaan akan melaksanakan dan menyiapkan cadangan pembangunan tersebut dan menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, dari Jambatan Sungai Arip hingga ke Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu.

Menurutnya, skop kerja bagi kontrak itu secara amnya termasuk kerja-kerja pemasangan cerucuk dan awam, di samping kerja-kerja pembersihan tapak projek dan tanah.

"Kerja-kerja mengikut kontrak itu dijangka selesai dalam tempoh 51 bulan dari tarikh Surat Pelantikan," menurutnya.

Pan Borneo

Artikel Sebelum

Artikel Lain