Tourism Malaysia, Malaysia Airlines Terus Kerjasama Dalam Program Suai Kenal Mega - Niaga | mStar

Tourism Malaysia, Malaysia Airlines Terus Kerjasama Dalam Program Suai Kenal Mega

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Malaysia Airlines Bhd telah membaharui kerjasama bagi mempromosi Malaysia di bawah Program Suai Kenal Mega.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan berkata, menerusi kerjasama itu Malaysia Airlines akan menaja tiket penerbangan bagi membawa masuk media asing dan agen pelancongan dari rantau United Kingdom, Asia, ASEAN dan Oceania untuk program itu.

"Projek dan program dalam kerjasama ini bermula bulan ini dan berakhir pada Disember 2016," kata kenyataan itu.

Program ini merupakan satu daripada usaha paling berkesan Tourism Malaysia bagi menjana publisiti meluas tentang Malaysia sebagai destinasi liburan dan perniagaan yang lebih digemari.

Tahun lepas, Tourism Malaysia membawa masuk 904 peserta program tersebut ke negara ini bersempena sambutan 15 festival dan acara pelancongan, kata kenyataan itu.

Sejumlah 50,542 peserta telah menyertai program itu dalam tempoh antara 2000 hingga 2015. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tourism Malaysia , Malaysia Berhad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan