Angkasa Lancar Laman Usahawan Bantu Ibu Tunggal Di PPRT

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 2:02 PM

Datuk Abdul Fattah Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meringankan beban hidup ibu tunggal, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) hari ini melancarkan Laman Usahawan (LU) Koperasi Ibu Tunggal Pantai Halt Kuala Lumpur Berhad bagi membantu golongan itu memajukan diri menerusi perniagaan dalam talian.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata beliau yakin penubuhan LU mampu memberi peluang kepada golongan ibu tunggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk meningkatkan pendapatan mereka secara berniaga dalam talian.

Abdul Fattah ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu di sini berkata LU juga merupakan satu daripada inisiatif Angkasa dalam membantu mengurangkan kemiskinan dalam bandar.

"Kita sedia bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menggerakkan dan membangunkan koperasi di kawasan PPRT," katanya.

Dalam pada itu, pengerusi koperasi ibu tunggal tersebut, Sabarinah Maarof berkata LU boleh dianggap sebagai platform untuk membantu anggota koperasinya menjual produk mereka secara dalam talian.

"Produk yang dihasilkan akan dipamerkan di laman sesawang LU di mana pihak pengurusan LU akan menguruskan segala urusan penjualan kepada pelanggan," kata beliau dalam ucapannya ketika majlis itu.

Sabariah berkata LU di PPRT Kampung Limau ini merupakan program pertama yang diadakan di kawasan PPRT di seluruh Malaysia.

Tambah beliau, koperasi yang ditubuhkan pada pertengahan tahun lepas itu dianggotai seramai 1,000 oorang dari kawasan PPRT Pantai Dalam, Brickfields dan Sentosa.

"Antara kegiatan koperasi itu adalah menyediakan kursus menjahit, kursus memasak, kursus kraftangan, kursus andaman dan kursus membuat kek serta biskut.

Sementara itu, seorang ibu tunggal Hafsah Hussin, 48, ketika ditemui Bernama berkata beliau berasa teruja akan penubuhan LU di kawasan rumah beliau.

"Saya tidak sabar hendak menyertai Laman Usahawan ini kerana saya minat kecantikan dan memasak. Dahulu, tiada siapa hendak bantu tetapi sekarang ada koperasi dan Laman Usahawan ini," katanya yang telah menetap di PPRT Kampung Limau sejak enam bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: Angkasa , Koperasi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan