suria

Ringgit Ditutup Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbandingdolar AS pada Jumaat berikutan kekurangan pemangkin tetapi dengan permintaan yang berterusan untuk unit tempatan itu, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit tidak berubah pada 3.9450/9500 berbanding 3.9450/9510 pada Khamis. 

Peniaga berkata unit tempatan kekal tidak berubah selepas mencecah parastertinggi dalam tempoh 10 minggu berbanding dolar AS pada Khamis berikutan harga bon kerajaan terus meningkat selepas penurunan kadar faedah yang di luar jangka oleh Bank Negara Malaysia pada Rabu.

"Berbanding dengan mata wang pesat membangun yang lain, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah susulan aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu," kata peniaga.

Berbanding yen, ringgit meningkat kepada 3.7242/7306 daripada 3.7333/7401 pada Khamis, manakala berbanding dolar Singapura, ia susut kepada 2.9335/9381 daripada 2.9287/9354.

Berbanding pound British, unit tempatan lemah kepada 5.2918/2009 daripada 5.2141/2248 dan turun kepada 4.3935/3007 daripada 4.3813/3896 berbanding euro.-Bernama

Ringgit tidak berubah

Artikel Lain