suria

Pengisaran Koko Meningkat 0.6 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: Pengisaran koko di Malaysia bagi suku kedua 2016 meningkat 0.6 peratus kepada 45,873 tan berbanding 45,610 tan pada tempoh sama 2015.

Menurut kenyataan bersama Lembaga Koko Malaysia dan Kumpulan Pengeluar Koko, pengisaran koko bagi suku kedua tahun ini susut 2.4 peratus daripada suku sebelum itu.

Keseluruhannya, pengisaran koko Malaysia pada separuh pertama 2016 berkembang 2.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2015.

Artikel Lain