suria

SINGAPURA: Singapore Exchange (SGX) memaklumkan bahawa pasaran sekuritinya tidak akan dibuka semula pada Khamis.

Bursa tersebut mengumumkan perkara ini dalam kemas kini terbaharunya di laman webnya pada pukul 4.03 petang.

Terdahulu pada pukul 3.22 petang, SGX mengesahkan tempahan dan pelaksanaan perdagangan adalah tepat.

Pasaran sekuriti SGX diletakkan dalam "fasa menyelaras" pada 11.38 pagi berikutan mesej pengesahan dagangan bertindan dihasilkan.

Indeks Strait Times kali terakhir diniagakan ialah pada 2,907.06, turun 3.59 mata. 

Singapore Exchange (SGX)

Artikel Lain