Ekonomi Malaysia Boleh Terus Berkembang

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang kepada lebih empat peratus pada tahun ini dan 2017 jika negara tidak menghadapi penurunan dalam permintaan eksport yang berpanjangan dan tidak dijangka, kata penganalisis.

Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2016 pada 4.4 peratus dan momentum untuk memacu antara 4.5 peratus dan lima peratus pada 2017.

Sementara itu, Bank Dunia menjangka ekonomi negara berkembang sebanyak 4.4 peratus pada 2016 dan 4.5 peratus pada 2017.

Naib Presiden Pembangunan Korporat dan Penyelidikan Pasaran ForexTime, Jameel Ahmad berkata asas ekonomi Malaysia masih kukuh seperti dicerminkan dalam pertumbuhan KDNK dan aliran masuk pelaburan langsung asing.

Beliau berkata 2016 dijangka menyaksikan ekonomi yang tidak menentu yang akan membawa kepada turun naik yang tinggi dan pelabur kemudiannya akan menumpukan kepada pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

"Membawa perkara itu kembali ke Malaysia, ramai yang tertarik dengan bagaimana ekonomi dapat menangani risiko luaran, termasuk kadar faedah AS yang tinggi, harga komoditi yang rendah secara berpanjangan, termasuk minyak dan kelembapan ekonomi China," kata Jameel kepada Bernama.

Bagaimanapun, antara risiko utama kepada Malaysia yang tidak dinilai adalah pungutan suara Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) (Brexit), katanya.

Beliau berkata Brexit dijangka memberi kesan kepada negara.

Pungutan suara untuk keluar daripada EU telah menolak andaian pasaran bahawa United Kingdom akan kekal dalam blok ekonomi itu yang disertainya sejak 1973.

"Terdapat banyak yang tidak pasti mengenai apa seterusnya, yang bermakna kemungkinan pengelakan risiko dalam pasaran. Malaysia ternyata sebuah pasaran sedang pesat membangun, bermakna kemungkinan terdapat risiko yang tidak dijangka," kata Jameel.

Pasaran global adalah sensitif dan kejayaan Brexit yang tidak dijangka telah mewujudkan landskap kewangan yang tidak stabil, yang mungkin menyebabkan hala tuju bank-bank pusat tidak dapat dijangka, katanya.

Jameel berkata potensi bagi bank-bank pusat pasaran maju untuk bertindak, seperti Rizab Persekutuan AS (Fed), memperlahankan kadarnya untuk kenaikan kadar, juga dapat memainkan peranan penting dalam meredakan pasaran.

"Ia terlalu awal untuk memberitahu kedua-duanya dan saya fikir setiap pelabur di luar sana sedang menantikan keputusan pungutan suara EU yang mengejutkan itu untuk stabil, dan bagi Fed untuk menandakan makna kepada hasratnya (menaikkan kadar faedah)," kata Jameel.

Ketua Ekonomi MARC, Nor Zahidi Alias, berkata kelemahan semasa dalam ekonomi terbesar dunia, AS, merupakan fenomena sementara dan tidak akan membawa kepada kemelesetan.

"Selain kadar penyertaan tenaga buruh merosot, aspek lain daripada pasaran buruh adalah baik, seperti kenaikan gaji dan senarai gaji bukan ladang (NFP).

Kadar inflasi teras juga kira-kira dua peratus dalam tempoh enam bulan hingga Mei 2016," katanya kepada Bernama.

Ahli Ekonomi UOB Bank, Julia Goh, berkata negara-negara berkaitan perdagangan seperti Malaysia, Singapura dan Vietnam, lebih terdedah kepada kemungkinan pertumbuhan ekonomi global perlahan disebabkan keputusan Brexit, manakala China, India dan Indonesia perlu lebih berdaya tahan.

Beliau berkata ketidaktentuan kewangan akan memberi kesan kepada mata wang  tetapi ia dijangka mendapat sedikit kelegaan daripada kelewatan kenaikan kadar Fed.

"Kami fikir berdasarkan peningkatan risiko jangka masa terdekat, kemungkinan bagi Bank Negara Malaysia untuk melonggarkan dasar monetari telah meningkat," katanya.

Beliau berkata tempoh pengurangan adalah tidak pasti berikutan ia sukar untuk mengukur kesan segera dan jangka panjang Brexit ke atas Malaysia berikutan keadaan itu masih berkembang susulan beberapa kemungkinan implikasi.

Bagaimanapun, Nor Zahidi berkata, permintaan domestik dijangka tidak meningkat dengan ketara pada separuh kedua 2016 walaupun kenaikan baru-baru ini dalam pertumbuhan perbelanjaan pengguna yang memberi sedikit keselesaan.

Beliau berkata momentum perdagangan global kekal lemah pada separuh pertama  2016, walaupun pemulihan dalam harga komoditi, terutamanya harga minyak mentah, yang memberi sedikit harapan bahawa berakhir tempoh yang sukar pada separuh kedua tahun ini.

"Kami kurang pesimis mengenai pasaran minyak mentah pada separuh kedua tahun ini berikutan pengeluaran global yang lebih rendah akan membawa kepada dinamik penawaran-permintaan yang lebih baik. Sehubungan itu, kami menjangka eksport Malaysia akan mendapat sedikit momentum pada separuh kedua tahun ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan