suria

Projek MRT RM6 Bilion Ditawarkan

SERI KEMBANGAN: Kesemua baki enam pakej jejambat untuk pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), bernilai RM6 bilion, akan dianugerahkan pada suku pertama 2017.

Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dijangka membuat panggilan tender bagi kesemu pakej ini menjelang suku ketiga tahun ini.

"Kami dalam proses menyiapkan tender untuk baki enam daripada 10 pakej jejambat bagi laluan SSP," kata timbalan pengarah projek, Maslan Othman.

"Dan menjelang suku ketiga tahun ini, kesemu pakej ini akan ditender atau dianugerahkan pada suku pertama tahun depan," katanya pada taklimat berhubung perkembangan laluan SSP di sini, Isnin.

Maslan berkata, beliau tidak dapat menjeaskan nilai kesemua pakaj itu.

Jajaran SSP sepanjang 52.2 kilometer, yang turut dipanggil sebagai MRT2, dianggarkan kos bernilai lebih RM28 bilion. Ia merupakan laluan MRT kedua untuk dibangunkan di bawah MRT Lembah Klang.

Setakat ini, empat pakej jejambat dan satu kerja bawah tanah, bernilai kesemuanya RM20.24 bilIon, telah dianugerahkan kepada syarikat kumpulan pembinaan tempatan. 

MRT

Artikel Lain