Chile Bakal Jadi Hab Kereta Proton Ke Amerika Latin

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Chile akan dijadikan hab bagi kemasukan kereta Proton ke pasaran Amerika Latin, kata Duta Besar Malaysia ke negara itu, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahya.

Beliau berkata satu mesyuarat yang diadakan minggu lepas antara kedutaan di Santiago dengan Persekutuan Teksi Chile, akan terus meningkatkan permintaan bagi kereta Proton.

Ini terutamanya bagi model Saga yang mungkin digunakan sebagai teksi di Chile.

"Persekutuan teksi sedang mengkaji usaha itu," katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan.

Proton kembali ke Chile pada Mei tahun ini dan dijangka menjual ribuan model Preve, Exora dan Saga menjelang akhir tahun.

Andesmotor, sekutu syarikat terkenal Kauffman Group, adalah ejen pengedaran bagi Proton di Chile.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mohd Rameez berkata Proton menyerahkan Proton Exora 1.6 Supreme kepada kedutaan minggu lepas, sebagai sebahagian daripada kerjasama untuk mempromosikan Malaysia dan pelancongan kepada warga Chile dan negara itu.

Proton Exora berkenaan dihiasai pelekat yang menggambarkan tempat-tempat menarik di Malaysia di samping lambang 'Melawat Malaysia' serta Menara Kembar Kuala Lumpur, untuk memastikan promosi itu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif.

"Kereta itu juga dipamerkan semasa promosi pelancongan Malaysia dan Asean di Santiago.

"Melalui usaha mempromosi Malaysia secara inovatif, selain daripada penjimatan kos bagi kerajaan, (ia) akan membantu mempromosikan Proton kepada rakyat Chile," kata Mohd Rameez.

Beliau berkata langkah itu juga boleh membantu meningkatkan lagi perdagangan, pelancongan dan hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan Chile.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Proton , Chile

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan