Maybank Peruntuk Modal Permulaan RM10 Juta Bagi Dana Wakaf

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maybank Islamic Bhd memperuntukkan modal permulaan sebanyak RM10 juta bagi Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR), yang dilancarkan pada awal April tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Muzaffar Hisham, berkata sumbangan kepada WPAR adalah termasuk sehingga RM5 juta untuk pembinaan asrama pelajar Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan wakaf tunai am sehingga RM5 juta daripada orang ramai.

"Kami menyasarkan untuk mencapai sasaran RM5 juta daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun, dan sistem Maybank2u kami bersedia untuk orang ramai membuat sumbangan mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman sumbangan wakaf RM10 juta di sini, Selasa.

Beliau berkata, ciri unik wakaf tunai adalah menjadi geran padanan iaitu bagi setiap RM1 yang disumbangkan oleh orang ramai melalui Maybank2u, Maybank Islamic akan menambah RM1 lagi.

Muzaffar berkata wakaf merupakan antara pelaburan yang berpotensi yang boleh dibangunkan untuk membiayai pelbagai aktiviti ekonomi, membantu membangunkan penjagaan kesihatan dan pendidikan bagi manfaat masyarakat.

"Sifat kekal wakaf menjadikannya platform yang amat berkesan untuk pertumbuhan ekonomi yang mapan," katanya.

Muzaffar berkata bank turut meninjau lebih banyak kerjasama untuk meluaskan dana wakafnya di negeri lain.

Beliau berkata inisiatif ini untuk terus meningkatkan agenda bank memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan melalui kaedah yang mampan dan menyokong komitmen kerajaan ke arah meningkatkan kewangan Islam.

"Kewangan Islam telah dilihat sebagai pemangkin yang berpotensi untuk meningkatkan akses kepada kewangan, terutamanya mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan keusahawanan dan instrumen pengagihan semula yang unik seperti wakaf yang tepat untuk memenuhi agenda ini," katanya.

Maybank Islamic menyasarkan untuk menjadi pemangkin utama dalam membangunkan dan meluaskan horizon wakaf, dengan saiz aset sebanyak RM161.1 bilion sehingga 31 Mac tahun ini.

Mengenai prestasi kewangan Maybank Islamic, Muzaffar berkata, ia berjaya mengekalkan prestasi suku pertama tahun ke tahun di sebalik keadaan tidak menentu dalam pasaran.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Maybank Islamic Bhd , WPAR , Muzaffar Hisham

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan