suria

Michael Kors Umum Perkongsian Gaya Hidup Dengan McLaren-Honda

LONDON: Michael Kors (NYSE:KORS), satu jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat gembira untuk mengumumkan satu perkongsian baharu dengan McLaren-Honda, dan dengan itu secara rasminya menjadi rakan kongsi gaya hidup bagi pasukan kejohanan dunia Formula 1. Kedua-dua McLaren-Honda dan Michael Kors meraikan reka bentuk dan kelajuan, dengan perkongsian itu mengukuh dan menguatkan penjelmaan kedua-dua jenama gaya hidup yang pantas dan mewah.

"Michael Kors dan McLaren-Honda adalah perintis di dalam ruang masing-masing, dan kami penuh yakin bahawa McLaren-Honda adalah rakan kongsi yang tepat bagi kemasukan kami ke dalam dunia perlumbaan Formula 1," kata John D. Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors. "Ini adalah satu masa yang menarik buat kami, terutamanya ketika kami terus berkembang sebagai satu jenama gaya hidup lelaki."

Penonton Formula 1 adalah sesuatu yang baharu untuk Michael Kors, dengan menyediakan satu peluang utama bagi membiasakan pengguna Eropah dengan semua aspek dalam dunia Michael Kors. Selain itu, jenama McLaren-Honda yang menjadi legenda itu dan pemandu Formula 1 mereka yang terkenal adalah merupakan representasi yang luar biasa bagi lelaki Michael Kors canggih, bersifat antarabangsa dan berjaya, dengan tahu menikmati kehidupan yang penuh dengan keseronokan, pelbagai aktiviti dan tidak gusar kepada aksi bahaya.

"Kami gembira untuk mengumumkan satu perkongsian jenama baharu di antara McLaren-Honda dan Michael Kors, pereka terkenal dunia yang telah memenangi anugerah bagi aksesori mewah dan pakaian yang sedia untuk dipakai," kata Ron Dennis, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Group.

Beliau berkata, "Seperti McLaren, yang telah berlumba dalam Formula 1 di seluruh dunia sejak 50 tahun yang lalu, Michael Kors juga merupakan sebuah syarikat yang benar-benar bertaraf antarabangsa yang mengendalikan kedai-kedai yang bergaya dan berjaya di beberapa bandar raya yang paling berprestij di dunia, termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Munich, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.

"Selain itu, saya amat yakin bahawa budaya korporat bagi kedua-dua McLaren dan Michael Kors merangkumi dinamisme dan kenekatan yang sama, serta satu komitmen yang dikongsi bersama untuk tidak henti-henti mengejar kesempurnaan yang sama, dan oleh itu kedua-dua jenama itu amat sesuai bagi satu perkongsian jangka panjang. Kesesuaian jenama itu sangat penting bagi kami berdua: kedua-dua syarikat telah membina reputasi mereka di atas menjadi yang terbaik dalam apa yang mereka lakukan, dan, ketika kami bersama-sama bergerak ke hadapan, kedua-dua kami akan menjadi lebih kukuh."

Sebagai rakan kongsi gaya hidup rasmi pasukan itu, jenama Michael Kors akan diberikan penekanan utama di kedua-dua pakaian pemandu dan kereta McLaren-Honda MP4-31.

Untuk meraikan pelancaran perkongsian itu, Michael Kors telah mencipta jaket kulit lelaki yang beredisi terhad. Sebanyak 50 jaket kulit berwarna hitam yang dihasilkan secara khas akan dijual secara eksklusif di aras lelaki di kedai kemegahan baharu Michael Kors di London, sementara stok masih ada. Jaket-jaket itu menampilkan logo kedua-dua Michael Kors dan McLaren, serta plak edisi terhad dengan nombor pengeluaran yang unik pada setiap jaket itu.

"Perkongsian ini adalah mengenai penumpuan gaya dan kelajuan, yang terdapat pada DNA kedua-dua Michael Kors dan McLaren-Honda," kata Michael Kors.

"Terdapat satu tenaga, kecanggihan dan keyakinan pada kedua-dua jenama kami, dan kami mahu mencipta satu edisi terhad yang menggambarkan hakikat itu."

Artikel Lain