suria

AirAsia Teruskan Penjenamaan Semula LCCT2

SEPANG: AirAsia memulakan usaha untuk memperkenalkan hub utamanya di KLIA2 sebagai LCCT2 pada laman web dan bahan promosi, walaupun langkah itu mengingkari Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, syarikat itu akan menanggung kos untuk penjenamaan semula hub itu.

Minggu lalu, MAHB tidak bersetuju dengan pelan kempen AirAsia untuk penjenamaan semula KLIA2 kepada LCCT2 dengan alasan ia bukan lapangan terbang bebas atau hub tambang murah tetapi terminal kedua Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

AirAsia yang juga penyewa utama KLIA2, yang telah kehilangan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbesar dunia kepada Lapangan Terbang Don Muaeng Bangkok bagaimanapun akan meneruskan rancangan itu.

"Saya rasa dengan cara ini, sekurang-kurangnya MAHB tidak akan menafikan yang syarikat ini tidak relevan.

"Mereka seolah-olah mengambil masa lama untuk menangani permintaan dan keperluan operasi kami dan penumpang atau tidak ambil peduli," katanya pada sidang media, Selasa.

Beliau menyentuh isu hubungan syarikat itu dengan pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan sambil mendakwa pertemuan dengan pengurusan tertinggi bertujuan menangani masalah operasi di lapangan terbang telah ditolak.

AirAsia, LCCT, KLIA2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain