suria

Tune Hotel Perkenal Jualan 'Crazy 8' Pertama

KUALA LUMPUR: Tune Hotels memperkenalkan jualan "Crazy 8" pertamanya yang akan berlangsung selama 80 minit setiap hari bagi lapan malam bermula 18-25 Jun, dengan kadar bilik daripada serendah RM8 semalam di hotel terpilihnya di Malaysia, India dan Indonesia.

Pembeli boleh mendapatkan kadar bilik istimewa ini antara pukul 8.00 malam (GMT+8) dan 9.20 malam (GMT+8) setiap malam di laman web, tunehotels.com, sepanjang tempoh tempahan, dan menginap antara 11 Julai hingga 31 Dis, 2016.

Bermula daripada RM8 bagi Malaysia, Rp 18,000 bagi Indonesia dan Rs 180 bagi India, pelanggan boleh menikmati penjimatan yang besar bagi penginapan mereka, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini.

Kadar promosi adalah pada asas siapa cepat dia dapat, tidak termasuk sarapan dan tertakluk kepada ketersediaan bilik.

Kadar bilik yang merangkumi semua bermula daripada RM8 termasuklah bilik, penyaman udara, tuala, kelengkapan dandanan diri, akses WiFi dan televisyen.

Tawaran ini adalah bagi Tune Hotels di Downtown, Kuala Lumpur klia2, Selangor Cyberjaya, Selangor Danga Bay, Johor Baharu Downtown, Pulau Pinang Kulim, Kedah Kota Kinabalu, Sabah Taiping, Perak; serta Bandung dan Yogyakarta di Indonesia.

Kadar hanya bilik bermula daripada RM8 dengan pilihan pembelian tambahan pada kadar biasa di kaunter atau secara dalam talian adalah bagi Tune Hotels di Kota Damansara, Selangor Kuching, Sarawak Kota Baharu, Kelantan; dan daripada 180 rupees bagi Ahmedabad, India.

Tune Hotels memiliki sejumlah 24 hartanah di Malaysia, Indonesia, India, United Kingdom dan Kenya.

Artikel Lain