Malindo Air, Turkish Airlines Kerjasama Teroka Pasaran Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air telah bekerjasama dengan Turkish Airlines bagi meneroka pasaran baharu di samping membolehkan penumpang mendapat sambungan lebih mudah apabila terbang di antara Asean dan Eropah.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, perkongsian itu akan membuatkan perjalanan dari rantau ini lebih lancar, memberi ganjaran kepada pengembara yang kerap menggunakan Malindo Air dan menawarkan penumpang lebih banyak pilihan apabila terbang ke Turki dan negara lain.

"Dengan pengumuman perkongsian dengan Turkish Airlines, Malindo Air akan terus mengembangkan rangkaian kami, termasuk lebih banyak penerbangan dan lebih banyak destinasi.

"Malindo Air akan menawarkan pilihan lain untuk perniagaan pengembaraan dalam Asean dan ke Australia. Kejayaan perkongsian ini akan membuka pintu untuk kami kepada perkongsian kod dengan rakan kongsi lain," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Airlines, Temel Kotil berkata, perkongsian itu akan memanfaatkan kedua-dua pihak berikutan hubungan yang semakin erat di antara kedua-dua negara.

Menurutnya, kerjasama Malindo Air-Turkish Airlines akan menawarkan pelbagai pilihan perjalanan kepada penumpang dan akhirnya meningkatkan trafik di antara destinasi Eropah dan Asia.

Malindo Air kini mempunyai lebih 800 penerbangan mingguan ke 40 bandar raya di 12 negara di benua kecil India, India Selatan, Asean, China dan Australia dan akan melancarkan penerbangan ke beberapa bandar raya baru pertengahan tahun ini.

Turkish Airlines menghubungkan 240 destinasi antarabangsa dan Istanbul yang merupakan satu-satunya bandar raya yang terletak di dua benua, menjadi hab utama Turkish Airlines.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan