Cagamas Holdings Teroka Pembiayaan Kelas Aset Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cagamas Holdings Bhd meneroka pembiayaan kelas aset baharu, termasuk infrastruktur dan sektor perusahaan kecil sederhana.

"Kami akan terus meningkatkan usaha kami untuk mempelbagaikan lagi sumber pembiayaan kami dan menggalakkan rangkaian sekuriti hutang yang lebih luas dalam pasaran modal.

"Mengenai pasaran kewangan Islam, kami akan berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak struktur sukuk yang diterima di peringkat global untuk menarik kumpulan pelabur antarabangsa dan serantau yang lebih besar," menurut Cagamas Holdings dalam laporan tahunan 2015.

Cagamas Holdings, Perbadanan Gadai Janji Nasional Malaysia, ditubuhkan pada 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih luas dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder.

Kumpulan akan terus memainkan peranan yang aktif untuk memudahkan pengantaraan yang lebih mendalam dalam sektor kewangan Malaysia dengan menyediakan mudah tunai, modal dan penyelesaian pengurusan risiko.

Cagamas turut menawarkan sumber dan tempoh pembiayaan yang lebih luas untuk institusi kewangan.

Bagi tahun kewangan berakhir 2015, Cagamas Bhd (CB), Cagamas MBS Bhd (CMBS) dan Cagamas SRP Bhd (CSRP), kekal kukuh, mencapai keuntungan sebelum cukai yang tinggi sebanyak RM558.3 juta berbanding RM546.5 juta pada 2014, susulan sumbangan keuntungan yang tinggi daripada CB dan CMBS.

Nisbah modal berwajaran risiko dan nisbah modal teras kumpulan, masing-masing pada 37.3 peratus dan 37.2 peratus.

CSRP, anak syarikat Cagamas Holdings terlibat dalam penyediaan jaminan gadai janji kediaman, meningkat 14.2 peratus dalam premium yang diterima dan peningkatan yang memberangsangkan sebanyak 100.1 peratus dalam pinjaman yang dijamin di bawah Skim Rumah Pertamaku.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan