Digi Lancar Program Cabaran Untuk Perubahan Ketujuh

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah melancarkan edisi ketujuh program Cabaran Digi Untuk Perubahan (DigiCFC7) yang menawarkan RM50,000 tunai dan hadir di Persidangan Pemenang Digital di Oslo pada Oktober 2016 untuk pasukan yang menang.

DigiCFC adalah satu daripada tujuh program Digi Memperkasa Masyarakat, satu komitmen untuk membolehkan akses Internet kepada semua komuniti untuk memberi inspirasi mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

Cabaran tahun ini memberi fokus kepada mendapatkan masyarakat awam dan komuniti pemaju tempatan untuk membentuk idea dan membina aplikasi mudah alih yang inovatif (aplikasi) bagi kepentingan sosial.

"Mereka perlu memberi idea untuk menangani sebahagian daripada isu paling mendesak dihadapi kanak-kanak, belia dan wanita di negara ini dan kemudiannya akan bekerjasama dengan komuniti pemaju untuk menghasilan aplikasi mudah alih yang bertindak sebagai saluran bagi melibatkan pelbagai komuniti.

"Peraduan itu adalah sebahagian daripada cita-cita kami untuk membolehkan akses "Internet Untuk Semua' kerana kami percaya kesambungan boleh menjadi pemangkin hebat untuk menggerakkan masyarakat ke depan, membolehkan pembangunan sosio-ekonomi serta membantu perniagaaan tempatan berkembang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty kepada pemberita selepas pelancaran DigiCFC7 di sini, Khamis.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun lalu, DigiCFC telah berkembang untuk mewujudkan perkaitan di samping menjaga nilai asas bagi memperkasa perubahan yang berterusan.

"Program DigiCFC itu merupakan peluang sekali seumur hidup untuk mempamerkan bukan sahaja idea tetapi juga banyak penyelesaian Internet bagi mencungkil idea kreatif dan inovatif untuk faedah masyarakat.

"Kami akan terus memanfaatkan kepakaran kolektif rakan kongsi kami dalam membantu membentuk ekosistem yang kondusif yang memupuk peluang pembangunan kapasiti lebih besar melalui akses kepada mentor, perkongsian dan pembiayaan," tambahnya.

Peserta boleh menghantar penyertaan mereka ke www.digicfc.my mulai hari ini sehingga 17 Julai 2016. Mereka yang disenarai pendek akan dilibatkan dalam sesi pengaktifan yang dirancang bagi memilih tiga isu terbaik dihadapi rakyat Malaysia yang akan dibangunkan ke dalam aplikasi mudah alih.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: DigiCFC7 , Digi Memperkasa Masyarakat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan