Unit Barakah Offshore Raih Kontrak Kimpalan - Niaga | mStar

Unit Barakah Offshore Raih Kontrak Kimpalan

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Barakah Offshore Petroleum Bhd, PBJV Group Sdn Bhd meraih kontrak kimpalan daripada Murphy Sarawak Oil Co Ltd, Murphy Sabah Oil Co Ltd dan Murphy Peninsular Malaysia Oil Co Ltd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Barakah Offshore berkata kontrak itu termasuk penyediaan perkhidmatan kimpalan bagi program penggerudian dan dasar laut Murphy untuk tempoh dari tarikh penganugerahan hingga 2018.

"Kontrak itu termasuk menyediakan tenaga kerja, peralatan dan asas arahan kerja untuk melaksanakan kerja-kerja kimpalan bagi program penggerudian dan dasar laut luar pesisir Murphy sepanjang tempoh kontrak.

"Jumlah nilai kontrak itu bergantung kepada arahan kerja sebenar yang dikeluarkan oleh Murphy dalam tempoh itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan