Shell, TMJV Selesaikan Fabrikasi Dan Pengoperasian Darat Bagi Malikai

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell dan Technip-MMHE Joint Venture (TMJV) berjaya menyelesaikan fabrikasi dan pengoperasian darat bagi platform laut dalam Malikai.

Pencapaian besar itu menandakan Ketegangan Kaki Pelantar (TLP) pertama Malaysia ke tapak 100 kilometer luar pesisir Sabah, menurut Shell dalam kenyataan, Isnin.

Katanya TLP akan membuat perjalanan sejauh 1,400 kilometer dari Pasir Gudang, Johor, ke medan Malikai, dan akan dipasang pada kedalaman 500 meter, katanya.

"Walaupun ia merupakan projek laut dalam, selepas selesai pemasangan, Malikai akan membuat pengeluaran melalui platform air cetek Kebabangan (KBB), terletak 50 kilometer jauhnya.

"TLP direka untuk memproses sebahagian pengeluaran kasar sebelum pemindahan ke KBB, di mana ia akan diproses lagi sebelum dihantar ke Terminal Minyak dan Gas Sabah untuk penyimpanan dan pemunggahan ke kapal tangki," katanya.

Pada April 2016, Shell berkata platform seberat 27,500 tan itu telah dipindahkan ke kapal pengangkutan berat.

"Platform itu kemudian dibawa ke sebuah lokasi berhampiran pantai untuk membolehkan strukturnya terapung sendiri. Sebaik platform tersebut terapung dari kapal, penilaian teknikal selanjutnya dilaksanakan. Keseluruhan proses itu mengambil masa 10 hari.

"TLP kemudiannya ditarik semula ke kawasan pembinaan dan berlabuh di limbungan fabrikasi bagi aktiviti pembinaan dan pengoperasian," katanya.

Malikai merupakan projek laut dalam kedua Shell di Malaysia, susulan kejayaan Gumusut-Kakap pada tahun lepas.

Projek usaha sama antara Shell, ConocoPhillips Sabah dan PETRONAS Carigali dijangka mempunyai pengeluaran yang tinggi sebanyak 60,000 tong sehari.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan