Anak Syarikat KTC Meterai Perjanjian Pengedaran Anakku

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 9:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kim Teck Cheong (Sarawak) Sdn Bhd (KTC Sarawak), anak syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) telah memeterai perjanjian pengedaran dengan Anakku Sdn Bhd.

Berikutan perjanjian tu, KTC Sarawak dilantik sebagai pengedar bukan eksklusif untuk jualan dan pengedaran produk di bawah tanda dagangan Anakku, Disney, Doraemon, Minicare, Family Essential serta jenama lain diedarkan Anakku.

Produk jenama itu adalah aksesori laku keras; produk pengguna bergerak pantas seperti pengelap basah, kelengkapan dandanan diri dan lampin serta produk laku lembut meliputi pakaian dan aksesori pakaian lain, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Selasa.

"Perjanjian itu adalah untuk setahun mulai 1 Januari 2016 dan akan secara automatik dilanjut selepas tamat untuk setahun lagi," katanya.

KTC berkata, perjanjian itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan penting ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, modal saham dan pegangan saham penting kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Eksekutif kumpulan KTC, Dexter Lau berkata, penambahan jenama bayi dan produk Anakku akan mengukuhkan lagi kedudukan dan penawaran produk kumpulan dalam pasaran.

"Saya percaya kerjasama kami dengan Anakku telah meningkatkan pengiktirafan korporat dan jenama ke atas kualiti dan komitmen kami sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai dalam industri," katanya.

KTC berkata, dengan memperoleh perjanjian pengedaran dengan Anakku, kumpulan itu kini menawarkan akses dan liputan pasaran untuk 44 jenama pihak ketiga di Sabah dan Sarawak.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: KTC , Anakku

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan