Astro Sasar Tingkatkan Hasil Purata Pengguna

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 1:08 PM

Rohana Rozhan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd menyasarkan untuk memberi perkhidmatan kepada 90 peratus isi rumah di Malaysia dan meningkatkan hasil purata bagi setiap pengguna (ARPU) kepada RM119 dalam masa lima tahun.

Perkhidmatan TV satelit percuma Astro - NJOI yang juga merupakan perkhidmatan TV satelit percuma pertama Malaysia, dijangka menjadi pemacu jangkauan pertumbuhan Astro, selain model TV berbayar itu.

"Jangkauan pelanggan adalah amat penting bagi kita untuk mendapatkan skala, kerana skala membawa bersamanya keupayaan untuk meletakkan harga dan bersaing daripada kos efektif asas.

"Kami mempunyai hasrat untuk berkembang di dalam landskap Malaysia.

"Kami fikir dalam tempoh lima tahun kami boleh berada di dalam 90 peratus daripada isi rumah Malaysia dan menikmati kebaikan daripada model berbayar dan NJOI," kata Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan kepada StarBiz.

Sehingga suku pertama berakhir 30 April, 2016, syarikat itu merekodkan ARPU sebanyak RM99 dan memberi perkhidmatan kepada 69 peratus daripada isi rumah Malaysia.

Astro mencatatkan peningkatan sebanyak 80,300 isi rumah bagi suku pertama, menjadikan jumlah pelanggan terkumpul adalah sebanyak 4.9 juta isi rumah.

Daripada 4.9 juta isi rumah, 3.5 juta adalah pelanggan TV berbayar dan selebihnya 1.4 juta adalah pelanggan NJOI.

Astro membelanjakan 35 peratus daripada pendapatannya untuk kos kandungan dan ini dijangka meningkat kepada 38 peratus susulan kos kandungan yang semakin meningkat.

Kira-kira 60 peratus hingga 70 peratus  daripada jumlah kandungan yang dibeli diurusniagakan dalam dolar Amerika.

Ini bermakna harga langganan pada akhirnya akan meningkat, walaupun Astro masih belum membuat pengumuman tersebut.

Semakan terakhir harga langganan asas dibuat pada 2013 manakala harga langganan bagi saluran definisi tinggi (HD) telah disemak semula pada 2014.

Astro akan dapat mencapai sasaran ARPU sebanyak RM119 melalui pembelian kandungan oleh pelanggan dan kenaikan harga produk mereka.

Rohana berkata ARPU yang lebih tinggi dijangka akan disumbangkan oleh pelanggan premium dan kelas pertengahan yang membeli lebih banyak produk pilihan sedia ada.

"Pelanggan-pelanggan ini akan membeli filem-filem seperti Minion, Frozen dan Deadpool apabila kita bawa kemudahan itu kepada mereka dalam bentuk HD melalui saluran Astro Best dan Astro First.

"Kami tumpukan kepada individu supaya waktu menonton kandungan melalui semua platform dan saluran akan meningkat.

"Apabila jumlah jam tontonan semakin meningkat sebagai sebuah keluarga, mereka akan membayar dan membeli lebih banyak kerana setiap ahli keluarga mahu menonton pelbagai jenis kandungan," katanya.

Rohana berkata Astro sensitif terhadap pelanggannya.

Kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan kerana isu kos yang perlu ditanggung.

Oleh itu, Astro menyediakan kandungan yang mahal sebagai pilihan.

Pelanggan masih boleh menikmati tawaran produk Astro melalui platform NJOI dan hanya membayar jika mereka mencari kandungan berbayar.

Tags / Kata Kunci: Astro , ARPU

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan