Petronas Jual 10 Peratus Pegangan Ekuiti Dalam PL9SB Kepada JX NOE

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas memeterai perjanjian jual beli dengan JX Nippon Oil  and  Energy (JX NOE) bagi menjual 10 peratus pegangan ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB), anak syarikat milik penuhnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, kemasukan JX NOE ke dalam  PL9SB menandakan pembabitan keduanya dalam projek gas asli cecair (LNG) Petronas, selain daripada 10 peratus kepentingan ekuiti sedia ada dalam MLNG Tiga Sdn Bhd.

"PL9SB memiliki kereta api pencairan LNG kesembilan dalam Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak dengan kapasiti pengeluaran 3.6 juta tan metrik setahun dan dijangka memulakan operasi komersil pada suku pertama 2017," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, jualan itu menunjukkan komitmen berterusan Petronas untuk mengembangkan perniagaan LNG dengan sokongan rakan kongsi yang dipercayai.

"JX NOE telah memainkan peranan penting dalam pembangunan MLNG Tiga dan kami berharap sumbangan yang sama kepada PL9SB, tambahnya. 

Petronas berkata, dengan tambahan kilang pencairan canggih yang dimiliki PL9SB, Kompleks LNG Petronas kini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan kira-kira 30 juta tan metrik LNG setahun. 

Menurutnya, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan Petronas sebagai pembekal LNG yang terkemuka dan boleh dipercayai.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Petronas , JX NOE , PL9SB

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan