suria

AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Bagi Tempahan Melalui Aplikasi Mudah Alih

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus bagi semua penerbangan yang ditempah melalui aplikasi mudah alih dan laman web mudah alihnya bermula 3 Jun (0000, GMT +8) hingga 5 Jun, 2016 (2400, GMT +8) bagi perjalanan antara 6 Jun hingga 30 September 30 2016.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata untuk menikmati diskaun istimewa ini, pelanggan yang menempah melalui aplikasi mudah alih atau laman web mudah alih (mobile.airasia.com) hanya perlu masukkan kod promo "MOBILE20" apabila diminta.

Promosi khas ini adalah untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (AirAsia Malaysia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (AirAsia Thailand), XJ (Thai AirAsia X), QZ (AirAsia Indonesia), XT (Indonesia AirAsia X), PQ (AirAsia Philippines) dan I5 (AirAsia India).-- Bernama

AirAsia, Mobile20

Artikel Lain