Nasim Lancar Model Baharu Peugeot 408 e-THP

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kategori segmen C Peugeot menyumbang jualan purata tahunan sebanyak 35 peratus manakala model 408 muncul paling laris dengan mencatat jualan 5,000 unit, setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata, pihaknya turut menyasarkan jualan model itu mencecah 60 hingga 80 unit sebulan pada tahun ini berikutan persekitaran ekonomi semasa.

"Pasaran bagi jualan kereta agak suram ketika ini dan kita sendiri tidak mahu terlalu optimis berikutan (pola) perbelanjaan pengguna sudah berubah," katanya pada majlis pelancaran kenderaan terbaharu, Peugeot 408 e-THP, di sini, Rabu.

Susulan suku pertama, sasaran jualan keseluruhan juga disemak turun daripada  3,000 unit kepada 2,100 unit berbanding tahun lepas yang mencatat jualan kira-kira 4,000 unit.

Mengulas Peugeot 408 e-THP, Samson yakin ia mampu mendominasi segmen C atasan dengan paparan ciri-cirinya menyamai kenderaan sedan eksekutif dengan kualiti kategori segmen D.

Menggabungkan pemanduan dinamik dan kecekapan yang dipertingkatkan, kereta berkenaan dilengkapi Efficient Modular Platform 2 (EMP2) generasi terbaharu yang dibangunkan PSA Peugeot Citroen Group.

Ia antara lainnya memberi kelebihan dari segi pengurangan berat sehingga 140 kilogram, pusat graviti lebih rendah, keseimbangan yang dipertingkatkan serta komponen teknikal yang lebih ringan.

Ciri-ciri dalamannya pula memaparkan i-Cockpit (kokpit) Peugeot yang merangkumi empat komponen integrasi iaitu stereng kulit sport serba kompak, panel instrumen dan konsol lebih tinggi serta skrin sentuh Definisi Tinggi (HD)pelbagai fungsi bersaiz 9.7 inci.

Kenderaan itu turut dipacu enjin kembar turbo bertekanan tinggi (THP) 1.6 liter yang menjana output kuasa kilas 167PS dan 245Nm, kotak gear automatik enam kelajuan yang dilengkapi teknologi Quickshift dan penggunaan tenaga sebanyak  6.5 liter bagi setiap 100 kilometer.

Harga di atas jalan Peugeot 408 e-THP adalah RM143,888, termasuk insurans dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ditawarkan dalam enam warna termasuk Aluminium, putih Alpine, merah Lucifer, hitam Premium, kelabu Aster dan biru Bourrasque.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan