Cradle Fund Akan Tingkatkan Kadar Pengkomersialan Kepada 70 Peratus

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 4:38 PM

Nazri Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cradle Fund Sdn Bhd, agensi pembiayaan di bawah Kementerian Kewangan menyasar meningkatkan kadar pengkomersialan permohonan yang diterimanya sehingga 70 peratus menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nazrin Hassan berkata ketika ini kadar pengkomersialan berada pada purata 64 peratus, setahun, sejak ia memulakan operasi pada 2003.

"Dalam tempoh lima tahun lepas, empat daripada lima kes yang kami biayai telah berjaya memasuki pasaran," katanya kepada Bernama di luar acara "Aspire 500 Conference" di sini, hari ini selepas menyampaikan syarahan bernilai kepada para graduan sebagai persediaan bagi mereka untuk menghadapi persekitaran bekerja dalam era digital.

Dilaporkan sebelum ini Cradle Fund menerima antara 40 dan 80 permohonan sebulan untuk membiayai perniagaan yang mempunyai harapan baik.

"Permohonan masih lagi banyak yang masuk.

"Daripada 40 hingga 80 permohonan, kami menyenarai pendek kepada lapan hingga 12 permohonan dan akhir sekali membiayai dua atau tiga daripadanya, sebulan," kata Nazrin sambil menambah pemohon perlu melalui proses yang sangat kompetitif.

Beliau berkata bagi Cradle Fund, apa yang paling penting bukan berapa ramai yang ia biayai tetapi berapa ramai daripada mereka yang berjaya mengkomersialkan idea mereka dan berkembang untuk muncul sebagai peneraju nasional atau syarikat serantau.

Cradle Fund ialah organisasi bukan keuntungan yang menguruskan Program Pelaburan Cradle yang bernilai RM100 juta.

Ia telah membiayai lebih 700 idea bagi pengekomersialan. 

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan