KTMB Sasar 250,000 Pengguna Tren Menjelang 2019

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan 250,000 pengguna tren menjelang 2019 berbanding 117,800 pengguna pada masa sekarang.

Pengurus Besar Pengurusan Projek KTMB Ismail Said berkata sasaran itu selaras pelaksanaan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 27 Mei ini sehingga 2019.

Menurut beliau, kerja-kerja menaik taraf itu dilaksanakan bagi memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak lagi berhadapan dengan kegagalan, kegelinciran mahupun kelewatan atau pembatalan perkhidmatan pada masa hadapan.

"Kami juga ingin menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, Rabu.

Projek empat tahun bernilai RM1.410 bilion itu meliputi kerja membaik pulih landasan dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu serta menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan berkenaan termasuk sistem persemboyanan dan elektrik yang sedia ada.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB Azshidah Shah Shahari berkata tambang tiket bagi perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan berikutan projek naik taraf ini.

Bagaimanapun, katanya akan terdapat perubahan jadual waktu perjalanan tren bagi perkhidmatan KTM Intercity dan Electronic Train Service (ETS), KTM Komuter dan KTM Kargo di antara laluan Tanjung Malim-Rawang-Pelabuhan Klang.

"Pihak KTMB juga sedang menguar-uarkan kepada orang awam mengenai jadual waktu baharu dan mereka boleh melayari www.ktmb.com.my bagi maklumat lanjut," katanya.

Tags / Kata Kunci: KTMB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan