E-Visa Tarik 647,344 Pelancong China Setakat April

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program visa elektronik (e-visa) yang diperkenalkan untuk pelancong China telah menarik 647,344 pelancong ke negara ini bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 352,575 pelancong bagi tempoh sama tahun lalu.

"Ini menunjukkan sistem e-visa serta maklumat dan pendaftaran pelancongan elektronik (ENTRI) ini berjaya menarik lebih ramai pelancong China ke negara ini.

"Kita yakin sasaran untuk membawa masuk empat juta pelancong China tahun ini dapat dicapai dengan bantuan program ini," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu berhubung status e-visa kepada pelancong China yang dilancarkan Mac lalu.

Program e-visa dan ENTRI bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dari China dilancarkan secara rasmi di Beijing pada 1 Mac lalu.

Bermula 1 Mac sehingga 31 Dis tahun ini, pelancong China boleh memasuki Malaysia tanpa masalah memandangkan mereka boleh memohon visa secara dalam talian dan mencetak sendiri e-visa itu.

E-visa adalah bagi pemohon yang tinggal tidak melebihi 30 hari dan perlu membayar yuran pemprosesan 200 yuan (RM128), manakala perkhidmatan ENTRI pula bagi mereka yang melakukan perjalanan singkat tidak melebihi 15 hari dengan bayaran pemprosesan 160 yuan (RM102).

Sementara itu, menjawab soalan Loke berkaitan isu melibatkan Tourism Malaysia dan AirAsia Berhad (AirAsia) ketika Ekspo Pelancongan Antarabangsa ke-4 di China baru-baru ini, Mohamed Nazri berkata satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan isu berkenaan Isnin ini.

"Satu jawatankuasa akan ditubuh bagi menyiasat secara terperinci akan insiden itu dan memberi saranan kepada saya selaku menteri untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menuntut penjelasan daripada Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong kerana didakwa mengarahkan bunting AirAsia dibuang dari ekspo terbabit.

Ia kemudian mendapat reaksi Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang mempersoalkan tindakan tersebut di laman Facebooknya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan