suria

HLIB Saran Beli Saham Sasbadi

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengulangi saranan "beli" terhadap saham Sasbadi Holdings Bhd setelah syarikat itu memperoleh projek kerajaan baru-baru ini.

Unit Sasbadi, The Malaya Press Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM1.64 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk menerbit, mencetak dan membekal buku teks Bahasa China Tingkatan 1 untuk sekolah jenis kebangsaan di seluruh Malaysia.

Menurut HLIB, Sasbadi mempunyai aliran tunai kukuh, kadar pertumbuhan tinggi dan inovatif dalam mewujudkan produk untuk golongan muda yang minat teknologi serta pendedahan pendidikan yang unik.

Setakat ini tahun ini, Sasbadi memperoleh kira-kira RM9.4 juta nilai kontrak buku teks dan HLIB menetapkan harga sasaran RM1.55 bagi syarikat.

Artikel Lain