suria

DRB-Hicom Lantik Bekas CEO Ekuinas Sebagai Pengarah

KUALA LUMPUR: Konglomerat DRB-Hicom Bhd telah melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuatkuasa Isnin.

"Sebelum ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), syarikat ekuiti swasta berkaitan kerajaan.

"Sebelum menyertai Ekuinas, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Media Prima Bhd mulai 2003 hingga 2009 dan juga memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Malaysian Resources Corporation Bhd," kata DRB-HICOM dalam satu kenyataan di sini.

Abdul Rahman kini Pengerusi Bukan Eksekutif ILMU Education Group Sdn Bhd, kumpulan pendidikan bersepadu terkemuka di Malaysia. 

Artikel Lain