Misi MTC Ke Amerika Syarikat Raih Jualan RM9.02 Juta

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Misi pemasaran Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) ke Amerika Syarikat pada 4-12 April lepas berjaya meraih hasil serta potensi jualan bernilai RM9.02 juta.

Program itu bersempena acara Konvensyen Perkayuan Sedunia Kali Ke-60 anjuran Persatuan Pengeluar Kayu-Kayan Antarabangsa di Austin, Amerika Syarikat (AS).

Ia dihadiri lebih daripada 250 pengimport, penyedia perkhidmatan, agensi kerajaan dan pembekal produk kayu-kayan dari 25 negara.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MTC berkata misi yang diketuai oleh Ketua Pengawai Eksekutifnya Datuk Dr Abdul Rahim Nik menyaksikan sebanyak 11 daripada 17 syarikat yang menyertainya, dapat mencatat jualan.

Daripada 11 syarikat berkenaan, enam syarikat menyertainya untuk kali pertama dan mencatat jualan sebanyak 63.6 peratus atau RM5.74 juta.

Abdul Rahim menyifatkan peningkatan minat terhadap produk Malaysia di AS itu turut menjadi satu lonjakan kepada pihak pengeluar tempatan.

"Pasaran AS bukan sahaja bersifat tradisional tetapi turut berkembang dan boleh dimanfaatkan pengeluar berasaskan produk perkayuan Malaysia. Ia juga berkait rapat dengan perubahan dalam aliran pembelian oleh kalangan masyarakat AS," katanya.

Selain itu, menurut MTC, ramai pengimport AS berhasrat memperkenalkan semula kayu Meranti ke dalam pasaran selepas menggantikannya dengan kayu Mahogani dari Filipina dan jenis Spanish Cedar.

Negara maju itu juga terbukti menjadi pasaran bagi produk-produk lantai Malaysia selain dek atau geladak kayu berasaskan Meranti merah dan Nemesu, kayu gergaji dan kayu berlamina, sekaligus menyediakan peluang perniagaan terbaik untuk pengeluar serta pengeksport Malaysia.

Perdagangan produk itu juga lebih mudah kerana Malaysia menepati akta ditetapkan AS yang mana semua hasil kayu-kayan itu diperolehi menerusi sumber yang sah.

AS merupakan rakan dagang penting Malaysia, terutamanya yang melibatkan hasil eksport perabot kayu selain menjadi pasaran utama dengan eksport hasil kayu-kayan Malaysia ke AS meningkat 25.4 peratus kepada RM3.1 bilion.

Ia adalah pasaran terbesar bagi perabot kayu Malaysia iaitu merangkumi 34 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan