suria

redONE Tawar Faedah RM100 Juta Kepada Guru

KUALA LUMPUR: redONE Network Sdn Bhd, pengendali  rangkaian maya mudah alih (MVNO) pasca bayar pertama Malaysia, menawarkan faedah bernilai RM100 juta untuk guru bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ameen A. Abdullah berkata syarikat itu menyediakan pelan istimewa eksklusif dengan menawarkan dua talian percuma kepada setiap  guru bagi tempoh setahun.

Melalui penerimaan tawaran dua talian percuma itu, guru bukan hanya dapat menjimatkan fi komitmen sebanyak RM192 setahun malah turut menikmati tempoh berbual tanpa had percuma antara pelanggan redONE di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

Faedah lain bagi pelan itu termasuk data percuma 500MB sebulan bagi setiap talian selama setahun, tanpa bayaran pendaftaran dan deposit.

Guru boleh memilih untuk mengekalkan nombor talian sedia ada atau menerima nombor talian baharu.

Mereka hanya perlu menunjukkan pengesahan sebagai guru sekolah, slip pendapatan atau sebarang pengenalan lain untuk layak mendapatkan pelan itu dalam tempoh promosi selama sebulan mulai 1 Mei.

Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana agensi, outlet atau ejen redONE.

Ameen berkata syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan sekolah dan kesatuan guru bagi menguar-uarkan faedah tersebut kepada mereka yang layak.-- Bernama

redONE, Ameen A.Abdullah

Artikel Lain