suria

Labur RM7 Juta Untuk Kemudahan Mercedes-Benz City Service Pertama Di KL

Pusat servis Mercedes-Benz di Batu 3, Jalan Sultan (Jalan Ipoh) yang melibatkan pelaburan mencecah RM17 juta.

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia, bersama dengan pengedar sahnya Hap Seng Star (HSS) melancarkan kemudahan Mercedes-Benz City Service pertamanya di bandaraya ini dengan jumlah pelaburan RM7 juta.

Kemudahan itu adalah bagi jualan sepenuhnya, servis dan alat-alat ganti (3S), Autohaus yang boleh menampung enam kenderaan, 18 ruang kerja dan dikendalikan oleh pasukan pekerja seramai 45 orang.

Ia membolehkan servis lebih 50 kenderaan setiap hari dan sehingga 1,100 kenderaan sebulan. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Dr Claus Weidner berkata syarikat itu komited kepada kecemerlangan automotif dan menyediakan servis terbaik kepada pelanggan. 

"Ciri-ciri pertama seumpamanya ini merupakan sebahagian daripada strategi berpusat pelanggan kami yang menawarkan akses mudah dengan kemudahan yang terletak di pusat Bandar Raya Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita pada pelancaran kemudahan servis itu di sini, Jumaat. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Bhd dan Ketua Eksekutif Hap Seng Star Harald Behrend berkata servis baharu itu adalah bukti komitmen kukuh syarikat tersebut kepada jenama Mercedes-Benz. 

"Menjadi keutamaan kami untuk menawarkan pengalaman mewah yang luar biasa apabila pelanggan kami ada hubungan dengan jenama Mercedes-Benz.

"Dengan penawaran terkini dalam runcit dan pengalaman pelanggan, kami menetapkan standard baharu dalam menyediakan servis berkualiti tinggi sejajar dengan prestasi automotif premium Mercedes-Benz," katanya. --Bernama


Artikel Lain