suria

Bank Rakyat Tiada Kaitan Operasi KAPB

KUALA LUMPUR: Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, Bank Rakyat hari ini menjelaskan yang ia tidak mempunyai kaitan dengan operasi Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB).

Dalam satu kenyataan, Bank Rakyat berkata sebagai sebuah insititusi perbankan, ia melaksanakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memberi perkhidmatan nilai tambah kepada anggota dan pelanggannya.

"Menerusi inisiatif dengan KAPB, Bank Rakyat hanya terlibat sebagai ejen yang menguruskan pendaftaran anggota KAPB menerusi cawangan Bank Rakyat," jelasnya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak keliru tentang hubungan antara Bank Rakyat dengan KAPB kerana kedua-duanya merupakan entiti yang melaksanakan urusan perniagaan yang berbeza.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus saluran komunikasi rasmi Bank Rakyat di laman sesawang, www.bankrakyat.com.my; Facebook www.facebook.com/myBANKRAKYAT dan di Twitter twitter.com/myBANKRAKYAT atau menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300- 80-5454.-- Bernama

Bank Rakyat, KAPB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain